Catatan

Makanan Tradisional Tanah Air

Imej
  Malaysia  merupakan satu-satunya negara yang berbilang kaum yang hidup aman dan harmoni. Oleh yang demikian, negara kita mempunyai pelbagai budaya dan tradisi yang penuh keunikannya tersendiri. Makanan tradisional merupakan juadah yang melambangkan sesebuah bangsa mahupun negara dan diturunkan secara turun temurun. Faktor yang membuatkan satu makanan itu diikhtirafkan sebagai makanan tradisional adalah jika ia: Menggunakan bahan tempatan Mempunyai cara tersendiri untuk disediakan Dihidangkan pada waktu perayaan (contoh: Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, dll) __________________________________________________________________ Contoh Makanan Tradisional: 1)  Lemang  Lemang adalah salah satu makanan kegemaran masyarakat Melayu yang terkenal sejak zaman dahulu lagi. Bahan-bahan asas lemang: beras pulut santan garam Bahan-bahan ini akan dimasak perlahan-lahan di dalam buluh yang di dalamnya sudah dibalut dengan daun pisang. Bukan sahaja musim perayaan, lemang juga seringk...