Makanan Tradisional Tanah Air

 Malaysia merupakan satu-satunya negara yang berbilang kaum yang hidup aman dan harmoni. Oleh yang demikian, negara kita mempunyai pelbagai budaya dan tradisi yang penuh keunikannya tersendiri. Makanan tradisional merupakan juadah yang melambangkan sesebuah bangsa mahupun negara dan diturunkan secara turun temurun.

Faktor yang membuatkan satu makanan itu diikhtirafkan sebagai makanan tradisional adalah jika ia:

  • Menggunakan bahan tempatan
  • Mempunyai cara tersendiri untuk disediakan
  • Dihidangkan pada waktu perayaan (contoh: Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, dll)
__________________________________________________________________


Contoh Makanan Tradisional:

1) Lemang

 Lemang adalah salah satu makanan kegemaran masyarakat Melayu yang terkenal sejak zaman dahulu lagi.

Bahan-bahan asas lemang:

  • beras pulut
  • santan
  • garam

Bahan-bahan ini akan dimasak perlahan-lahan di dalam buluh yang di dalamnya sudah dibalut dengan daun pisang. Bukan sahaja musim perayaan, lemang juga seringkali dijual di pasar malam, pasar pagi dan pasar tani pada setiap minggu. Lemang juga sering dihidang bersama serunding dan rendang.

2) Kuih Bahulu

Dikategorikan sebagai salah satu kuih lama atau kuih tradisi, kuih bahulu asalnya bewarna coklat kuning-kekuningan. Terdapat pelbagai jenis kuih bahulu seperti bahulu pandan, bahulu coklat dan sebagainya. Namun, kuih bahulu tradisional tetap menjadi kegemaran ramai. Kanak-kanak juga meminati kuih ini kerana sangat lembut dan sedap.


3) Otak-otak

Otak-otak yang diperbuat daripada isi ikan dan kelapa boleh menjadi satu hidangan yang begitu sedap dan menyelerakan. Pada asalnya, masyarakat perkampungan nelayan yang memulakan legasi ini dan akhirnya ia menjadi terkenal sebagai salah satu makanan yang begitu popular di Malaysia terutamanya di kawasan pantai timur.






Ulasan